Warning: Creating default object from empty value in /var/www/html/sites/sotanetwork_v4/wp-content/themes/volumes/framework/zilla-theme-functions.php on line 141
Dasar Privasi | SOTA

Dasar Privasi  English 

SOTA International Sdn Bhd (“SOTA”, “kami”) adalah komited untuk melindungi maklumat peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami melalui laman web kami di www.sota.travel (“Laman Web”). Kami percaya ia adalah penting bagi anda untuk mengetahui bagaimana kami melindungi maklumat peribadi anda untuk memberikan anda pengalaman pengguna yang terbaik. Dasar privasi ini merangkumi apakah maklumat yang dikumpul, bagaimana dan maksud-maksud maklumat tersebut digunakan, kepada siapa maklumat tersebut dizahirkan, dan apakah langkah keselamatan yang diambil oleh SOTA untuk melindungi privasi dan maklumat peribadi anda (“Dasar Privasi”). DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, ANDA BERSETUJU KEPADA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT DASAR PRIVASI INI DAN KEPADA PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA UNTUK MAKSUD-MAKSUD YANG DINYATAKAN DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA AND SYARAT-SYARAT DASAR PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL?
Maklumat peribadi yang kami kumpul mengenai anda termasuk nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, alamat rumah, alamat emel, nombor telefon, nombor lesen ejen pelancongan, jawatan, butir-butir akaun bank dan semua maklumat peribadi lain yang kami akan kumpul sekali lagi daripada anda pada bila-bila masa.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kami maklumat peribadi anda. Jika anda gagal untuk memberikan kami mana-mana maklumat peribadi anda, kami boleh enggan memproses maklumat peribadi anda untuk maksud-maksud yang dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini.

Jika anda memberikan kami maklumat peribadi mengenai orang lain, anda harus sahkan bahawa pihak tersebut telah melantik anda untuk bertindak bagi pihaknya, untuk bersetuju kepada pemprosesan maklumat peribadinya dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihaknya.

BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA?
SOTA mengumpul maklumat peribadi anda apabila anda melawat Laman Web kami, mencipta suatu akaun di Laman Web tersebut, mengisi borang pendaftaran ejen pelancongan, menghantar suatu pertanyaan, menempah suatu pakej di laman web rakan kongsi kami dan daripada sumber yang diberikan dan akan diberikan oleh anda dari semasa ke semasa.

APAKAH MAKSUD-MAKSUD PENGUNAAN MAKLUMAT ANDA?
SOTA mengumpul dan akan mengumpul maklumat peribadi anda dan akan memproses maklumat peribadi anda selanjutnya untuk berhubung dengan anda; menjawab pertanyaan dan aduan anda; mengumpul mana-mana bayaran yang perlu dibayar daripada anda; memberikan anda pengesahan tempahan anda; menepati tempahan yang dibuat oleh anda melalui Laman Web tersebut atau laman web rakan kongsi kami, mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan baru atau tambahan yang disediakan oleh agensi pelancongan melalui Laman Web tersebut; memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia dan apa-apa maksud lain yang berkaitan secara langsung dengan yang ternyata di atas.

BAGAIMANAKAH KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT ANDA?
Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk mengekalkan keselamatan maklumat peribadi anda apabila anda memasuki, menghantar, atau mengakses maklumat peribadi anda. Kami menawarkan penggunaan pelayan yang selamat. Semua maklumat yang sensitif/kredit yang diberikan adalah dihantar melalui teknologi Secure Socket Layer (SSL) dan kemudiannya disulitkan ke dalam pangkalan data pemberi lawang bayaran yang hanya boleh diakses oleh pihak yang mempunyai hak akses istimewa kepada sistem tersebut, dan pihak tersebut perlu mengekalkan kerahsiaan maklumat tersebut.

ADAKAH KAMI MENGGUNAKAN COOKIES?
Ya. Apabila anda mengakses Laman Web tersebut, SOTA mungkin merekodkan maklumat tanpa nama seperti alamat IP, masa, tarikh rujukan URL, laman yang diakses, jenis pelayar web dan sistem operasi. Cookies merupakan fail kecil yang dipindah oleh Laman Web tersebut atau pemberi perkhidmatan kepada pemacu keras computer anda melalui pelayar web anda (jika dibenarkan oleh anda) yang membolehkan Laman Web tersebut atau pemberi perkhidmatan untuk mengenalpasti pelayar anda dan menangkap dan mengingati sesetengah maklumat. Kami menggunakan cookies untuk memahami dan menyimpan pilihan anda untuk lawatan yang akan datang.

ADAKAH KAMI MENZAHIRKAN APA-APA MAKLUMAT KEPADA PIHAK KETIGA?
Maklumat peribadi anda tidak akan dijual, ditukar, dipindah atau diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa sebab, tanpa persetujuan anda, selain daripada untuk maksud nyata yang telah ditentukan di dalam Dasar Privasi ini. Ini tidak termasuk pihak ketiga yang dipercayai seperti rakan kongsi perniagaan kami, pemberi perkhidmatan kami yang membantu kami dalam operasi Laman Web tersebut, menjalankan perniagaan kami, memberi perkhidmatan kepada anda, selagi pihak ketiga tersebut bersetuju untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi anda. Kami juga mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda apabila kami percaya bahawa penzahiran tersebut adalah wajar untuk mematuhi undang-undang, melaksanakan polisi Laman Web tersebut atau melindungi hak, harta dan keselamatan kami dan orang lain.

Kami mungkin memindah maklumat peribadi anda ke luar Malaysia dan anda bersetuju kepada pemindahan tersebut.

AKSES DAN PEMBETULAN MAKLUMAT PERIBADI
Anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

Anda berhak untuk meminta akses dan meminta pembetulan kepada maklumat peribadi anda dan menghubungi kami dengan apa-apa pertanyaan atau aduan berkaitan dengan maklumat peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda) daripada:

Jawatan:
No. telefon:
No. faks:
E-mel:

Selepas membuat bayaran fi yang ditetapkan anda boleh membuat suatu permintaan mengakses maklumat atau permintaan pembetulan maklumat secara bertulis kepada kami. Walau apa pun, kami boleh enggan mematuhi permintaan anda dan kami akan, secara notis bertulis, memaklumkan kepada anda tentang keengganan kami berserta alasan untuk keengganan kami.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI KAMI
Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan akan memberikan notis pemindaan tersebut di dalam Laman Web kami atau melalui cara lain yang kami pertimbangkan adalah sesuai.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.